Day 3 (21 March 2017, Tuesday) Camp 3 to Camp 4
Sekitar jam 5.30 pagi, rakan-rakan mula bangun, menunaikan solat subuh, pengurusan diri apa yang patut..dan seterusnya sarapan pagi.
|
Suasana pagi Selasa di Camp 3 |
|
Dah ready dah ni.. |
Menurut Suki, perjalanan hari ini agak santai, memakan masa sekitar 4 jam untuk ke Camp 4. Ramai yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar sepanjang trek. Baru sejam berjalan, dah take 5 minum milo dulu..heheheh..memang #sukahatikau..ye la..nak rushing apa pun kan..yang penting, sampai..dah kata santai kannnn..
|
"We celebrate not the trail, but the wild places it passess through.." |
|
Take 5 lagiiii.. |
|
Minum milo anda jadi sihat dan kuat..! |
|
Tukang bancuh..
|
Jalan punya jalan, dengan take 5 yang dah hilang berapa kali kiraannya, akhirnya..hampir 6 jam berjalan, kami tiba jua akhirnya di Camp 4. Ye betul..trek agak santai..tapi masih kejam..masih memenatkan..so, kalau takmau tension, rileks-rileks aja..take 5 la berapa kali yang ko nak..sampai jugak Camp 4 ni..tapi, kalau nak laju, 4 jam sampai..Lunch dah pun siap masa ni..depa yang sampai awal dah prepare..tapi, aku pun dah tak ingat menu apa lunch tu..
|
Camp 4
|
Suhu agak sejuk di Camp 4. Kami berada di ketinggian 1800m ketika ini. Penat dan sejuk masa lepak petang-petang tu, tiba-tiba ada orang mai huloq cucoq bilih panaih-panaih..fuhh..cikgu nan memang ohsem..tq!!!
|
Cucoq bilih paling sedap dalam dunia..terrbaikkkk!!! |
|
Dinner is served.. |
Menu makan malam kami ialah nasik, sayur pucuk masak lemak, kari ayam and sambal bilis. Oh ye, di Camp 4 ini pun, kemudahannya agak selesa seperti di Camp 3 semalam..proper toilet, tempat basuh, tempat tidur..memang lengkapla..cuma, tak boleh nak tidor nyenyak sangat malam tu sebab sejukkkk..ditambah pulak dengan hujan lebat di luar..malah kedengaran jugak suara-suara sumbang, kalau terus hujan lebat macam ni..kita tunggu kat Camp 4 ajelah..makan koey teow sup la..apa laa..hahaha..takleh caya semua tu..So, malam tu, aku tido pukul 8 malam..pukul 11 malam, aku dah bangun..takleh tido dah..excited nak ke puncak la kononnya..hahahaha..perjalanan kami ke puncak mulu hari ini akan bermula jam 3 pagi..cadanggnyaaaaaa..
Day 4 (22 March 2017, Wednesday) Camp 4 to PEAK OF MULU to Camp 3
Jam 3 pagi, baru ada yang mula bangun. Hujan sudah berhenti. Semua mula bersiap-siap untuk memulakan perjalanan kami hari ini. Puncak Mulu akan ditawan hari ini!
Selesai bersarapan ringkas dengan wrap and pita bread inti tuna, kami memulakan pergerakan sekitar jam 4 pagi. Head lamp dipastikan mempunyai bateri yang cukup sementara menunggu mentari bersinar pagi nanti. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 3 ke 4 jam.
|
Solat subuh berjemaah di atas trek |
|
Haji Mazlan yang power.. |
|
Posing jangan tak posing |
|
Antara kesukaran sepanjang trek pendakian ke puncak |
|
Tak percaya boleh lepas tali-tali macam ni.. |
|
Jumpa tali pun dah fobia dah pasni..hahahaha |
|
Subhanallah.. |
|
..the reason why I answer the call of the mountain |
|
The magnificent Gunung Mulu |
|
Kebesaran Allah.. |
Ok..we did not expect this..the trail was tough!! So tough that u promised to yourself that u will reach the peak so that u don't have to come to Mulu ever again...hahahahaha..We have reached endless ropes and steep trails that you feel u want to cry that instant..(err..actually, masa first day hiking pun rasa camni jugak..hehehehe..) ..comot and belemoih jangan cakap laa..semua combination gunung ada kat Mulu ni..Irau, Tahan, Korbu, Trusmadi..u name it, u got it..tahap kesukaran yang agak tinggi dan bukan calang-calang orang boleh melepasinya..rasanya la..well, not for first timers definitely..unless you have enough training..a serious training..then, ok..So, you're already in pain..you're already hurt..now, it's time to get a reward from it..PEAK of MULU..conquered at 7.30am, 21st March 2017, Wednesday!..Yess..I DID IT!!
|
I did it. I said I’ll do it, and I’ve done it! :-) |
|
All 12 of us..Mulu conquered! |
|
Acara wefie di puncak.. |
|
..dan lagi.. |
|
..batu tanda, puncak telah ditakluki |
|
..tengok kasut sapa paling belemoih |
|
Takleh masuk muka semua sebab kembang... |
Tamat je acara selfie & wefie..kami mula turun meninggalkan puncak Mulu untuk ke Camp 4 dan seterusnya meneruskan perjalanan untuk bermalam di Camp 3 semula..masih panjang perjalanan hari ini..especially bila teringat perlu melalui semula tali dan curam semasa naik tadi..adoihh..tapi, takkan tak turun kan..so, redah ajelah..
Sampai di Camp 4, kami makan tengahari dan berkemas untuk turun ke Camp 3 untuk bermalam. Perjalanan dari Camp 4 ke Camp 3 mula menjadi kejam bila otot-otot dan sendi mula menunjukkan protes..beg terasa begitu berat, apatah lagi perjalanan turun perlu melalui bukit yang boleh melemahkan mental yang dah cukup koyak dari perjalanan menuju puncak tadi. Menghampiri Camp 3, aku terpisah dari Min menyebabkan aku berseorangan sepanjang trek. Ditambah dengan cuaca hujan, trek kelihatan berlainan sekali dan menimbulkan rasa kurang yakin. Pada ketika seperti itu, Haji Mazlan bertindak sebagai my 'knight in shining armour'..syukur dia ada berhampiran dibelakang..sayup-sayup panggilan "haji...haji.." di dalam hutan belantara..sampaikan haji pun serba salah nak jawab ke tak..hahahaha..kenangan yang pasti diingat sampai bila-bila...Kami sampai sejurus sebelum malam melabuhkan tirai..bersihkan diri, makan malam dan seterusnya bersedia untuk keluar dari hutan Mulu esok...
...bersambung..Part 3..
No comments:
Post a Comment