Day 1 (19 March 2017, Sunday) Mulu National Park
It's just 2 days since we're back to our routine..perasaan yang sama setiap kali selesai satu ekspedisi..tak boleh move on..hehehehe
Nak kena tulih cepat-cepat sebelum memori semakin kabur dek kesibukan bekerja..so, here are our stories..
Decision nak ke Mulu ni bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat. Masih meragui kemampuan diri, apatah lagi line-up adalah otai-otai yang tidak dapat dinafikan lagi kehebatan masing-masing. Tapi, sesekali terasa mahu mencabar diri, maka kata putus dibuat. Puncak Mulu akan ku tawan kali ini..
|
Sejurus sebelum naik Maswings from Kuching to Mulu |
|
Keberangkatan tiba geng from Miri & KK..yang depan sekali tu bukan team member..hanya model sampingan :-) |
19 Mac 2017, kami mula bergerak dari destinasi masing-masing ke destinasi terakhir, Mulu. Aku & Pokme dari Penang..Cikgu Nan, Cikgu Zaidi, Mardeque & Hj Mazlan dari KL..Min, Adi, Asmirul, Shafri, Cikgu Zainol & Kak Paji dari Miri & KK. Sekitar jam 3, semua selamat tiba di Mulu dan seterusnya bergerak ke Mulu National Park dengan kenderaan yang telah siap menunggu di airport. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 5 minit..less than 2 km..nak jalan pun boleh..tapi, kita simpan dulu tenaga untuk hari-hari mendatang yang belum pasti bagaimana...
Sampai je di Mulu National Park, Cikgu Nan as team leader, Mardeque as secretary cun and aku as treasurer (..lantikan ad hoc semua ni..heh) terus menyelesaikan urusan yang perlu dengan Pejabat Mulu Park. Request untuk porter juga dibuat dan bayaran yang dikenakan adalah RM150/day, so, 4 hari RM600 untuk porter. Hold dulu, sebab kata Cikgu Nan, kita tengok dulu ration kita nanti..kalau perlu porter, kita ambik. Seterusnya, kami terus ke penginapan kami, hostel..macam dorm..tapi selesa je..Acara pertama bila dah check in kat dorm adalah makan Nasik kerabu yang dibawa jauh dari Penang oleh Pokme..haaa,,mana nak dapat makan Nasik kerabu kat Mulu oiiii...sedappppp...
|
Oopppss..Min curik ayam haji..hahahaha |
|
Nampak tak Mirul begitu menikmati nasik kerabunya ittewww... |
Malam pulak, sesi makan lambak diketuai oleh non other than Chef Pokme..Nasik, sambal telur, telur dadar, mangga goreng & hati payau..memang makan je kerjanya..ada yang tak larat hiking esok ni..
|
Sambai teloq.. |
|
Buat dorm cam rumah sendiri..sukahatiko jee.. |
Yang kagumnya, ada yang bawak skrip jawapan student nak tanda..siapa orangnya..biarlah rahsia..hahahaha..Nampak tak betapa murninya pengorbanan seorang pendidik tu..esok nak naik gunung pun dok pikiaq pasai student lagi..student ada ingat cikgu??...eh..termembebel lak kat sini..anyway, trip kali ni semuanya adalah dalam education line except for Pokme..the engineer and the gadget man..;-)
Acara terakhir sebelum tido..agih ration and packing barang..rata-rata rasa macam beg berat, so, we decide to take a porter or two tomorrow..kalau takde then, bertabahlah bawak beg berat esokkkk...
Day 2 (20 March 2017, Monday) Mulu National Park to Camp 3
Rise and shine..dengan semangat berkobar-kobar nak mula hiking harini. Breakfast are provided. Makan dulu kat café..ada yang makan western, ada yang makan Nasik lemak..ada yang makan sikit, tapau sikit untuk bekal perjalanan pun ada. Semalam, pokme ada masak Nasik goreng jugak untuk bekal..sapa yang bertuah dapat, yang tak bertuah, ko pandai-pandai la sendiri..hihihi
|
Makan kenyang-kenyang dulu |
Selesai makan, kami berkumpul di depan park's office untuk diperkenalkan dengan guide dan menguruskan porter. Malangnya, memandangkan request untuk porter agak lambat dibuat, kami terpaksa menerima hakikat, barang/ration yang diagihkan semalam, perlu dibawa sendiri. 2 orang guide disediakan, Suki dan Jonnesly, seorang pembantu (wanita) dan turut ditemani rakan Suki seramai 4 orang yang terdiri dari guru-guru pelatih maktab sekitar Sarawak. Salah seorang rakan Suki menawarkan diri untuk membawa sebahagian barang/ration kami untuk meringankan sedikit beban yang perlu ditanggung.
|
All set to go!
(Stand from left: Zaidi, Deque, Az, Min, Mirul, Shafri, Adi, Zainol & Fazidah; Sit from left: Hj Mazlan, Adnan, Kamarul) |
|
Aura of the Leader |
Diiringi bacaan doa oleh Ustaz Shafri, perjalanan kami dimulakan sekitar jam 9 pagi. Menurut Suki, perjalanan hari ini adalah yang paling panjang dan sukar dan dijangka mengambil sekitar 10 ke 12 jam..maksudnya, maaallaaaaammmm la baru sampai..Memandangkan semalam hujan, kami diminta bersiapsedia untuk menyeberangi arus sungai yang deras malah sekiranya tidak dapat diseberang, kami perlu bersiap sedia dengan kemungkinan perlu berpatah balik.
Sejam setengah perjalanan masih santai dan rata. Kami tiba di waterfall cantik yang sering menjadi tempat mandi-manda pengunjung Mulu Park. Sempat mengambil gambar dan melepaskan lelah buat seketika.
|
Antara sungai yang diredah.. |
|
Pakaian masih kering dan bersih..senyuman masih lebar di wajah..
|
Seterusnya, perjalanan diteruskan hingga ke Camp 1. Kami tiba di Camp 1 sekitar jam 12 tengah hari setelah menyeberangi hampir 10 batang sungai dengan 3 sungai besar separas pinggang beserta arus yang deras. Kesempatan untuk melepaskan lelah, makan tengah hari dan bersolat digunakan sebaik mungkin sebelum memulakan kembali perjalanan ke Camp 3 jam 1.30 petang.
|
Camp 1 |
Cabaran Mulu sebenar bermula dari Camp 1 ke Camp 3. Trek tiada belas kasihan, naik, mencanak, naik, mencanak..tiada kesudahannya. Ditambah dengan beban seberat 10 ke 20 kg yang perlu ditanggung, sememangnya satu cabaran besar untuk semua. Hanya kecekalan dan semangat waja buat bekal untuk terus mendaki. Jam sudah menunjukkan jam 6.30 petang, namun masih tiada tanda-tanda Camp 3 sudah hampir. Headlamp dikeluarkan. Memang confirm akan sampai malam. Semangat mula menipis, mental mula koyak ditambah dengan kepenatan yang mula mengganggu jiwa.
Akhirnya, hampir 11 jam berjalan, kami tiba jua di Camp 3 sekitar jam 7.30 malam dengan sambutan teh O panas daripada yang sampai awal..terubat hati dan semangat yang hilang tadi bila dah dapat teh panas.. :-) Yang terawal sampai sekitar jam 6 petang.
|
Camp 3 |
|
Az & Min |
|
Deque & Min |
|
Dinner is served... |
Walaupun penat, hati sedikit lega dengan kemudahan yang disediakan di Camp 3 ini. Ada toilet yang sempurna, tempat membasuh dan tempat tidur yang agak selesa. Aku sempat mandi dan membasuh baju yang dipakai tadi. Seterusnya, makan malam disediakan. Menu malam ini, Nasik, sup bendi dengan daging, telur dadar, kari ayam and daging payau..fuuhh..memang membuka selera di kala seharian penat berjalan..oh, bagi yang tak tahu..payau tu, rusa..haa..hebat kan..makan daging rusa lagi atas gunung..di datangkan khas, menu istimewa dari kak paji..tq kak paji and cikgu zainol...
Makan dah kenyang, kemasla apa yang patut..Oh, sebelum tidor, Suki memberi briefing untuk esok. Ucapkan tahniah kerana telah melalui perjalanan yang paling sukar harini dan bagi option sama ada nak naik puncak terus esok untuk sunset dan kemudian bermalam di Camp 4 atau sunrise di puncak esoknya..namun, kami bersetuju dengan pelan asal..perjalanan esok hanya ke Camp 4. Tiada apa yang perlu dikejar..we just want to enjoy our trip without any injuries later on.. So, tamat sesi briefing, apa lagi..tidor lee..penat giler dah ni..
...bersambung..Part 2..