Monday, 3 April 2017

Gunung Mulu (Mulu Assault Mountain 2K17) Part 3

Day 5 (23 March 2017, Thursday) Camp 3 to Mulu National Park

Hari terakhir di hutan Mulu..tak tahu nak sedih ke nak happy..yang pasti, semua tak sabar nak berada di Mulu National Park..nak mandiii dengan sempurnaaa!!!..rupa dah tak macam orang dah semua..kami bergerak sekitar jam 9 pagi, sampai di Camp 1 sekitar jam 12 tengah hari dan seterusnya tiba di Mulu National Park sekitar jam 3 petang. Lutut dah mula meletup..not a good sign..adoiiii...

Berkemas hari terakhir..excited nak keluar hutan dahh..

Camp 3, 2 malam di sini..
Az and min yang banyak celoteh..
Tq min..temankan sepanjang jalan nak keluar..
Last dinner together @ Mulu National Park
Kalau dah sampai kat sini..dah boleh tersenyum bahagia..

 
Day 6 (24 March 2017, Friday) Mulu National Park to..home....

Last day...pagi, kami ke pasar tamu..kemudian balik untuk breakfast di Mulu National Park sebelum masing-masing pulang ke destinasi masing-masing..;-(












Penyerahan sijil oleh Project Director, Cikgu Nan


Friends forever

Nak balik dahhh..

Sebab dah last day kan..idea pun dah takdak nak tulih apa..bawah ni nukilan rasa from Cikgu Zaidi, to sum up everyone's involvement in this expedition..walaupun, rata-rata kami baru mengenali antara satu sama lain, namun ukhuwah yang terjalin kekal erat dan tak mungkin dilupakan sampai bila-bila..fellowship of the mountain..panjang umur kita jumpa lagi..

 
"Alhamdulillah kemesraan n keeratan hubungan masih kukuh walaupon gatal gigitan pacat telah hilang..
dah seminggu kita berpisah namun byk kenangan yg x mungkin dpt dilupakan malah tersimpan erat  dlm memori...
... mana mungkin kita dpt melupakan keenakan masakan ckg Nan n che man..
... masih teringat keenakan lempeng asmirul n kepantasan adi membasuh pinggan..
.... Xkan kita lupa keriuhan pasangan zainol n fazidah dlm menguruskan pacat...
.. Xkan aku lupa dengkuran manja Cik meen di telinga kiriku n injin turbo hj mazlan  d telinga kananku...
Xkan kulupa kerajinan ckg safri menanda kertas d dlm hutan..
.. masih terbau kewangian minyak ubat pacat Cik azz..
dan.... Xkan ku lupa ketangkasan teman setiaku (ibu beranak empat)  memanjat n menuruni tebing curam..
... ya... semuanye tersimpan kemas dlm ingatan...
.. semoga kalian semua sentiasa dilindungi n dirahmati-Nya..


... "in all things of nature there is something of the marvelous" ... Aristotle."

-Coretan dari Cikgu Zaidi


--END OF EXPEDITION--

Gunung Mulu (Mulu Assault Mountain 2K17) Part 2

Day 3 (21 March 2017, Tuesday) Camp 3 to Camp 4

Sekitar jam 5.30 pagi, rakan-rakan mula bangun, menunaikan solat subuh, pengurusan diri apa yang patut..dan seterusnya sarapan pagi.

Suasana pagi Selasa di Camp 3
Dah ready dah ni..

Menurut Suki, perjalanan hari ini agak santai, memakan masa sekitar 4 jam untuk ke Camp 4. Ramai yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar sepanjang trek. Baru sejam berjalan, dah take 5 minum milo dulu..heheheh..memang #sukahatikau..ye la..nak rushing apa pun kan..yang penting, sampai..dah kata santai kannnn..
"We celebrate not the trail, but the wild places it passess through.."
Take 5 lagiiii..

Minum milo anda jadi sihat dan kuat..!
Tukang bancuh..


 
Jalan punya jalan, dengan take 5 yang dah hilang berapa kali kiraannya, akhirnya..hampir 6 jam berjalan, kami tiba jua akhirnya di Camp 4. Ye betul..trek agak santai..tapi masih kejam..masih memenatkan..so, kalau takmau tension, rileks-rileks aja..take 5 la berapa kali yang ko nak..sampai jugak Camp 4 ni..tapi, kalau nak laju, 4 jam sampai..Lunch dah pun siap masa ni..depa yang sampai awal dah prepare..tapi, aku pun dah tak ingat menu apa lunch tu..

Camp 4
 
Suhu agak sejuk di Camp 4. Kami berada di ketinggian 1800m ketika ini. Penat dan sejuk masa lepak petang-petang tu, tiba-tiba ada orang mai huloq cucoq bilih panaih-panaih..fuhh..cikgu nan memang ohsem..tq!!!

Cucoq bilih paling sedap dalam dunia..terrbaikkkk!!!
Dinner is served..

Menu makan malam kami ialah nasik, sayur pucuk masak lemak, kari ayam and sambal bilis. Oh ye, di Camp 4 ini pun, kemudahannya agak selesa seperti di Camp 3 semalam..proper toilet, tempat basuh, tempat tidur..memang lengkapla..cuma, tak boleh nak tidor nyenyak sangat malam tu sebab sejukkkk..ditambah pulak dengan hujan lebat di luar..malah kedengaran jugak suara-suara sumbang, kalau terus hujan lebat macam ni..kita tunggu kat Camp 4 ajelah..makan koey teow sup la..apa laa..hahaha..takleh caya semua tu..So, malam tu, aku tido pukul 8 malam..pukul 11 malam, aku dah bangun..takleh tido dah..excited nak ke puncak la kononnya..hahahaha..perjalanan kami ke puncak mulu hari ini akan bermula jam 3 pagi..cadanggnyaaaaaa..


Day 4 (22 March 2017, Wednesday) Camp 4 to PEAK OF MULU to Camp 3

Jam 3 pagi, baru ada yang mula bangun. Hujan sudah berhenti. Semua mula bersiap-siap untuk memulakan perjalanan kami hari ini. Puncak Mulu akan ditawan hari ini!

Selesai bersarapan ringkas dengan wrap and pita bread inti tuna, kami memulakan pergerakan sekitar jam 4 pagi. Head lamp dipastikan mempunyai bateri yang cukup sementara menunggu mentari bersinar pagi nanti. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 3 ke 4 jam.

Solat subuh berjemaah di atas trek
Haji Mazlan yang power..
Posing jangan tak posing
Antara kesukaran sepanjang trek pendakian ke puncak
Tak percaya boleh lepas tali-tali macam ni..
Jumpa tali pun dah fobia dah pasni..hahahaha
Subhanallah..
..the reason why I answer the call of the mountain
The magnificent Gunung Mulu
Kebesaran Allah..

Ok..we did not expect this..the trail was tough!! So tough that u promised to yourself that u will reach the peak so that u don't have to come to Mulu ever again...hahahahaha..We have reached endless ropes and steep trails that you feel u want to cry that instant..(err..actually, masa first day hiking pun rasa camni jugak..hehehehe..) ..comot and belemoih jangan cakap laa..semua combination gunung ada kat Mulu ni..Irau, Tahan, Korbu, Trusmadi..u name it, u got it..tahap kesukaran yang agak tinggi dan bukan calang-calang orang boleh melepasinya..rasanya la..well, not for first timers definitely..unless you have enough training..a serious training..then, ok..So, you're already in pain..you're already hurt..now, it's time to get a reward from it..PEAK of MULU..conquered at 7.30am, 21st March 2017, Wednesday!..Yess..I DID IT!!

I did it. I said I’ll do it, and I’ve done it! :-)
All 12 of us..Mulu conquered!

Acara wefie di puncak..

..dan lagi..

..batu tanda, puncak telah ditakluki

..tengok kasut sapa paling belemoih

Takleh masuk muka semua sebab kembang...
Tamat je acara selfie & wefie..kami mula turun meninggalkan puncak Mulu untuk ke Camp 4 dan seterusnya meneruskan perjalanan untuk bermalam di Camp 3 semula..masih panjang perjalanan hari ini..especially bila teringat perlu melalui semula tali dan curam semasa naik tadi..adoihh..tapi, takkan tak turun kan..so, redah ajelah..

Sampai di Camp 4, kami makan tengahari dan berkemas untuk turun ke Camp 3 untuk bermalam. Perjalanan dari Camp 4 ke Camp 3 mula menjadi kejam bila otot-otot dan sendi mula menunjukkan protes..beg terasa begitu berat, apatah lagi perjalanan turun perlu melalui bukit yang boleh melemahkan mental yang dah cukup koyak dari perjalanan menuju puncak tadi. Menghampiri Camp 3, aku terpisah dari Min menyebabkan aku berseorangan sepanjang trek. Ditambah dengan cuaca hujan, trek kelihatan berlainan sekali dan menimbulkan rasa kurang yakin. Pada ketika seperti itu, Haji Mazlan bertindak sebagai my 'knight in shining armour'..syukur dia ada berhampiran dibelakang..sayup-sayup panggilan "haji...haji.." di dalam hutan belantara..sampaikan haji pun serba salah nak jawab ke tak..hahahaha..kenangan yang pasti diingat sampai bila-bila...Kami sampai sejurus sebelum malam melabuhkan tirai..bersihkan diri, makan malam dan seterusnya bersedia untuk keluar dari hutan Mulu esok...

...bersambung..Part 3..


Gunung Mulu (Mulu Assault Mountain 2K17) Part 1

Day 1 (19 March 2017, Sunday) Mulu National Park

It's just 2 days since we're back to our routine..perasaan yang sama setiap kali selesai satu ekspedisi..tak boleh move on..hehehehe

Nak kena tulih cepat-cepat sebelum memori semakin kabur dek kesibukan bekerja..so, here are our stories..

Decision nak ke Mulu ni bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat. Masih meragui kemampuan diri, apatah lagi line-up adalah otai-otai yang tidak dapat dinafikan lagi kehebatan masing-masing. Tapi, sesekali terasa mahu mencabar diri, maka kata putus dibuat. Puncak Mulu akan ku tawan kali ini..

Sejurus sebelum naik Maswings from Kuching to Mulu


Keberangkatan tiba geng from Miri & KK..yang depan sekali tu bukan team member..hanya model sampingan :-)
19 Mac 2017, kami mula bergerak dari destinasi masing-masing ke destinasi terakhir, Mulu. Aku & Pokme dari Penang..Cikgu Nan, Cikgu Zaidi, Mardeque & Hj Mazlan dari KL..Min, Adi, Asmirul, Shafri, Cikgu Zainol & Kak Paji dari Miri & KK. Sekitar jam 3, semua selamat tiba di Mulu dan seterusnya bergerak ke Mulu National Park dengan kenderaan yang telah siap menunggu di airport. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 5 minit..less than 2 km..nak jalan pun boleh..tapi, kita simpan dulu tenaga untuk hari-hari mendatang yang belum pasti bagaimana...

Sampai je di Mulu National Park, Cikgu Nan as team leader, Mardeque as secretary cun and aku as treasurer (..lantikan ad hoc semua ni..heh) terus menyelesaikan urusan yang perlu dengan Pejabat Mulu Park. Request untuk porter juga dibuat dan bayaran yang dikenakan adalah RM150/day, so, 4 hari RM600 untuk porter. Hold dulu, sebab kata Cikgu Nan, kita tengok dulu ration kita nanti..kalau perlu porter, kita ambik. Seterusnya, kami terus ke penginapan kami, hostel..macam dorm..tapi selesa je..Acara pertama bila dah check in kat dorm adalah makan Nasik kerabu yang dibawa jauh dari Penang oleh Pokme..haaa,,mana nak dapat makan Nasik kerabu kat Mulu oiiii...sedappppp...

Oopppss..Min curik ayam haji..hahahaha
Nampak tak Mirul begitu menikmati nasik kerabunya ittewww...
Malam pulak, sesi makan lambak diketuai oleh non other than Chef Pokme..Nasik, sambal telur, telur dadar, mangga goreng & hati payau..memang makan je kerjanya..ada yang tak larat hiking esok ni..

Sambai teloq..
Buat dorm cam rumah sendiri..sukahatiko jee..
Yang kagumnya, ada yang bawak skrip jawapan student nak tanda..siapa orangnya..biarlah rahsia..hahahaha..Nampak tak betapa murninya pengorbanan seorang pendidik tu..esok nak naik gunung pun dok pikiaq pasai student lagi..student ada ingat cikgu??...eh..termembebel lak kat sini..anyway, trip kali ni semuanya adalah dalam education line except for Pokme..the engineer and the gadget man..;-)

Acara terakhir sebelum tido..agih ration and packing barang..rata-rata rasa macam beg berat, so, we decide to take a porter or two tomorrow..kalau takde then, bertabahlah bawak beg berat esokkkk...


Day 2 (20 March 2017, Monday) Mulu National Park to Camp 3

Rise and shine..dengan semangat berkobar-kobar nak mula hiking harini. Breakfast are provided. Makan dulu kat café..ada yang makan western, ada yang makan Nasik lemak..ada yang makan sikit, tapau sikit untuk bekal perjalanan pun ada. Semalam, pokme ada masak Nasik goreng jugak untuk bekal..sapa yang bertuah dapat, yang tak bertuah, ko pandai-pandai la sendiri..hihihi

Makan kenyang-kenyang dulu
Selesai makan, kami berkumpul di depan park's office untuk diperkenalkan dengan guide dan menguruskan porter. Malangnya, memandangkan request untuk porter agak lambat dibuat, kami terpaksa menerima hakikat, barang/ration yang diagihkan semalam, perlu dibawa sendiri. 2 orang guide disediakan, Suki dan Jonnesly, seorang pembantu (wanita) dan turut ditemani rakan Suki seramai 4 orang yang terdiri dari guru-guru pelatih maktab sekitar Sarawak. Salah seorang rakan Suki menawarkan diri untuk membawa sebahagian barang/ration kami untuk meringankan sedikit beban yang perlu ditanggung.


All set to go!
(Stand from left: Zaidi, Deque, Az, Min, Mirul, Shafri, Adi, Zainol & Fazidah; Sit from left: Hj Mazlan, Adnan, Kamarul)
Aura of the Leader



Diiringi bacaan doa oleh Ustaz Shafri, perjalanan kami dimulakan sekitar jam 9 pagi. Menurut Suki, perjalanan hari ini adalah yang paling panjang dan sukar dan dijangka mengambil sekitar 10 ke 12 jam..maksudnya, maaallaaaaammmm la baru sampai..Memandangkan semalam hujan, kami diminta bersiapsedia untuk menyeberangi arus sungai yang deras malah sekiranya tidak dapat diseberang, kami perlu bersiap sedia dengan kemungkinan perlu berpatah balik.
Sejam setengah perjalanan masih santai dan rata. Kami tiba di waterfall cantik yang sering menjadi tempat mandi-manda pengunjung Mulu Park. Sempat mengambil gambar dan melepaskan lelah buat seketika.
Antara sungai yang diredah..
Pakaian masih kering dan bersih..senyuman masih lebar di wajah..
Seterusnya, perjalanan diteruskan hingga ke Camp 1. Kami tiba di Camp 1 sekitar jam 12 tengah hari setelah menyeberangi hampir 10 batang sungai dengan 3 sungai besar separas pinggang beserta arus yang deras. Kesempatan untuk melepaskan lelah, makan tengah hari dan bersolat digunakan sebaik mungkin sebelum memulakan kembali perjalanan ke Camp 3 jam 1.30 petang.
Camp 1
Cabaran Mulu sebenar bermula dari Camp 1 ke Camp 3. Trek tiada belas kasihan, naik, mencanak, naik, mencanak..tiada kesudahannya. Ditambah dengan beban seberat 10 ke 20 kg yang perlu ditanggung, sememangnya satu cabaran besar untuk semua. Hanya kecekalan dan semangat waja buat bekal untuk terus mendaki. Jam sudah menunjukkan jam 6.30 petang, namun masih tiada tanda-tanda Camp 3 sudah hampir. Headlamp dikeluarkan. Memang confirm akan sampai malam. Semangat mula menipis, mental mula koyak ditambah dengan kepenatan yang mula mengganggu jiwa.
Akhirnya, hampir 11 jam berjalan, kami tiba jua di Camp 3 sekitar jam 7.30 malam dengan sambutan teh O panas daripada yang sampai awal..terubat hati dan semangat yang hilang tadi bila dah dapat teh panas.. :-) Yang terawal sampai sekitar jam 6 petang.
Camp 3
Az & Min
Deque & Min
Dinner is served...
Walaupun penat, hati sedikit lega dengan kemudahan yang disediakan di Camp 3 ini. Ada toilet yang sempurna, tempat membasuh dan tempat tidur yang agak selesa. Aku sempat mandi dan membasuh baju yang dipakai tadi. Seterusnya, makan malam disediakan. Menu malam ini, Nasik, sup bendi dengan daging, telur dadar, kari ayam and daging payau..fuuhh..memang membuka selera di kala seharian penat berjalan..oh, bagi yang tak tahu..payau tu, rusa..haa..hebat kan..makan daging rusa lagi atas gunung..di datangkan khas, menu istimewa dari kak paji..tq kak paji and cikgu zainol...
Makan dah kenyang, kemasla apa yang patut..Oh, sebelum tidor, Suki memberi briefing untuk esok. Ucapkan tahniah kerana telah melalui perjalanan yang paling sukar harini dan bagi option sama ada nak naik puncak terus esok untuk sunset dan kemudian bermalam di Camp 4 atau sunrise di puncak esoknya..namun, kami bersetuju dengan pelan asal..perjalanan esok hanya ke Camp 4. Tiada apa yang perlu dikejar..we just want to enjoy our trip without any injuries later on.. So, tamat sesi briefing, apa lagi..tidor lee..penat giler dah ni..


...bersambung..Part 2..