Sunday, 31 March 2019

EXTREME MURUD ASSAULT 2019 (Expert Hiking Team 2.4)


TALES OF THE EIGHT SURVIVORS AND THE VIKING KING VIKTOR 😉
(The Guide: Mighty King Viktor; The Team: Shafri, Andee, Kamarul, Mie, Mardeq, Az, Lily, Ben)


Memandangkan trip Murud kali ni, majoriti geng 'tudu-tudu', kita layan lagu ni dulu sebelum baca cerpen..😉😊

23rd March 2019 (Saturday): Where the Journey Begins..

Tiba di KKIA dari 3 destinasi berbeza..Penang, KL and Ben memang dah ada di KK. Sekitar jam 12 kami bergerak ke Lawas dengan van yng telah disewa. Perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam. Kami selamat tiba di homestay dan berjumpa dengan 'gogo' Shafri di sini.

Mulu reunion..Ben masa tu, was our porter bidan terjun..😀
Our dinner, mestilah nasik kerabu yang didatangkan khas dari Penang..eh, macam tak kena je..😁 Nasik kerabu ni memang signature dish. Trip G5 kalau takde nasik kerabu, memang macam tak lengkap je trip..😋😅 Aktiviti seterusnya adalah packing, repacking, packing dan repacking tak habis-habis..Bahagi ration group, decide barang mana nak bawak, barang mana nak bagi porter, sesi timbang bag and of course, briefing tentang perjalanan esok dan hari-hari mendatang..

24th March 2019 (Sunday): "Ba'kelalan, A Soul Searching Journey" and "The Lun Bawang People"

Perjalanan yang panjang bermula dengan perjalanan menaiki 4WD selama 8 jam. Singgah di Yang Kelawa untuk meninggalkan barang hari terakhir, teruskan perjalanan ke Lepo Bunga, memulakan pendakian dan seterusnya bermalam di Church Camp. This is Plan A..perancangan asalnya, beginilah..tapi, kita hanya mampu merancang kan..

First meeting with The Legendary Sir Isak Mutang, The Environmental Activist
With Lawas Head of Council..terasa macam pelepasan VVIP pulak..😄
Wajah-wajah ceria sebelum memulakan perjalanan

Geng ACME KAGUM USM..more than 20 years of friendship..our kinda reunion
The Team


Pit stop meregang urat sepanjang perjalanan
Lapangan Terbang Ba'kelalan

4WD menunjukkan protes...not a good sign...😟
Perjalanan dari Lawas ke Ba'kelalan bukan perjalanan yang mudah. Respek kepada masyarakat Lun Bawang di sini yang berulang-alik setiap hari. Perjalanan begitu memenatkan, a bumpy ride and a skillfull 4 WD driver is required. Namun sedikit lega kerana sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan indah berlatarbelakangkan gunung-ganang dan landskap perkampungan serta sawah padi. Katanya, beras Bario atau beras baru, 'is a must try' kalau dah berada di Ba'kelalan ni..

Setibanya di Ba'kelalan, 4WD yang dinaiki mengalami sedikit masalah, namun, masih boleh dibaiki. Disebabkan itu, kami tiba agak lewat di Tropical Jungle Hide-Out di Yang Kelawa milik Uncle Isak & isterinya Auntie Wendy.

Sekali lagi, kami menerima berita yang agak kurang enak. Uncle Isak memaklumkan guide dan porter kami tiada, kemungkinan kerana mereka mengikut trip yang terdahulu dari kami. Things may not go the way we planned..but, it's ok. There's always Plan B. So, now, the team decide to stay for a nite at Tropical Jungle Hide Out at Yang Kelawa. Esok, kami akan terus shoot ke puncak dan bermalam di Church Camp.

Love at first sight..😉😊
Serious discussion with Uncle Isak

Malamnya, kami masak di cafe Hide out..berselera sekali kami semua dengan hidangan sup kambing, telur dadar ikan masin dan sayur goreng..sangat sesuai dalam cuaca dingin membeku hingga ke tulang! Kami berkenalan juga dengan Viktor Skoda, a Swedish doing voluntary works @ Tropical Jungle Hide Out. He left everything in Sweden and commit himself to do voluntary works all around the world. Such a noble heart!

Scrambled egg with salted fish
Papedom
Dinner @ Tropical Jungle Hide out
25th March 2019 (Monday): Yang Kelawa - Lepo Bunga - Jambatan Sukacita - Batu Linanit - Church Camp

Bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi (mee goreng) dan lunch pack (nasi goreng) untuk di bawa bersama. Sewaktu sedang menyediakan sarapan, Shafri bentang pulak Plan C untuk hari ini. Plan sekarang untuk ke Church Camp sahaja. Esok, dari Church Camp, terus ke Buduk Murud, keluar ke Lepo Bunga dan seterusnya bermalam di Hide out untuk satu malam lagi. Everybody seems to agree with the new plan. So, plan C that is.

Memandangkan Plan B dah tak jadi, kami tak perlu kelam kabut kerana perjalanan hari ini hanyalah sampai ke Church Camp sahaja.Uncle Isak dah uruskan hal guide dan porter kami. Viktor akan menjadi guide kami manakala porter kami terdiri dari 3 pekerja Indonesia yang berada di sini untuk kerja-kerja pembinaan jalan dari Ba'kelalan ke Bario.

All set!
Viktor turn up to be our Guide..😃
Perjalanan dari Yang Kelawa ke Lepo Bunga, walaupun pendek jaraknya, namun agak mencabar. Sekali lagi, kepakaran pemandu mengendalikan kenderaan 4WD sangat penting. Walaupun ada jalan tar, namun sebahagian besar belum siap dibina. Ditambah lagi dengan keadaan tanah merah yang akan menjadi semakin buruk bila hujan. Kami tiba di Lepo Bunga sekitar jam 8 pagi dan memulakan pendakian dalam jam 9 pagi.

Lepo Bunga
The Team, The Guide and The Porters..
Trek awal melalui denai-denai hutan dan diikuti trek mencanak dibantu oleh batang-batang kayu yang di takik seperti tangga untuk memudahkan perjalanan. Akar kayu berselirat, tanah lembut dan berlumpur kerana hujan semalaman, menyukarkan perjalanan. Selepas 1 jam setengah berjalan, kami tiba di Jambatan Sukacita (The Joy Bridge). Untuk makluman, trek yang kami lalui ini adalah jalan biasa yang dilalui oleh penganut BEM untuk ritual selang 2 tahun sekali di Church Camp. Sebab itu Joy Bridge ini dibina untuk memudahkan perjalanan hampir 2000 penganut BEM yang akan berkampung di Church Camp nanti!


Sukacita di Jambatan Sukacita..😄
Dulunya, Jambatan Sukacita dibina dengan kayu dan berbumbung, tapi kerana faktor cuaca dan peredaran waktu, struktur binaan kayu hampir keseluruhannya musnah dan rosak dan kini diganti dengan pelantar besi yang lebih kukuh namun bukan keseluruhannya. Kami masih perlu melalui jalan hutan hinggalah tiba di permulaan 'Staircase to Heaven' menuju ke Batu Linanit.

'Staircase to Heaven'



Tangga kayu menuju ke Batu Linanit ni pun, baru saja di bina. Dengan tangga kayu ni, hanya mengambil masa sekitar 15-30 minit untuk sampai di puncak Batu Linanit. Batu Linanit ini adalah kawasan suci bagi penganut BEM kerana dipercayai disinilah wahyu diturunkan. Tempatnya pun cantik dan terpelihara.


The Team @ Batu Linanit

Hipster Batu Linanit
Bergambar lebih kurang, kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir hari ini, Church Camp. Tiba sekitar jam 3 petang, kami mencari tempat yang sesuai untuk kami bermalam. Kebanyakan rumah yang ada dikunci, ataupun kurang sesuai. Kawasan persekitaran Church Camp seperti 'Blair Witch Project', almaklumlah telah ditinggalkan hampir setahun lebih. Namun, akhirnya, kami bertemu rumah yang sesuai untuk kami berehat sebelum bersedia untuk cabaran yang lebih hebat esoknya.

Church Camp - The Holy Ground


Tasik..boleh dijadikan sumber air untuk mencuci kalau tak hujan
Scary jugak..
Our resting place for the nite..kewajipan tak pernah dilupa..


26th March 2019 (Tuesday): Church Camp - Buduk Murud - Church Camp - Lepo Bunga - Yang Kelawa

This is the day..Murud Assault 2019!!

Sebelum gerak, gambar duluuu...
Sepatutnya kami bermula seawal jam 6 pagi. Tapi, akhirnya, jam 6.50 pagi barulah kami memulakan perjalanan. Kalau ikut signboard di Church Camp ni, ke Gunung Murud sepatutnya mengambil masa 4 jam. Tapi Viktor, guide kami mensasarkan 3 jam setengah untuk kami tiba di puncak. Dia takpelah..selangkah dia, 2-3 langkah kami..hehehe..


Tinggi sungguh la si Viktor ni...

Kecederaan kecil di luar jangka..😅

Mossy forest all the way


Hero Mossy Forest

Cabaran utama untuk ke puncak adalah trek berlumpur tebal (muddy) dan berselirat dengan akar yang melambatkan perjalanan ketika mencari jejak. Bila dah penat sangat tu, tak kira nak cari jejak dah..masuk je lah dalam lumpur tu, biar lah comot. Dah nama pun naik gunung kannn..

Lebih kurang sejam berjalan, kami perlu melintasi sungai dan berjalan di atas batu hampar di air sungai yang mengalir. Perlu lebih berhati-hati, kalau tergelincir buruk padahnya.


Selepas melalui batu-batu licin dengan air mengalir deras, seterusnya kami tiba di Kebun Batu (Rock Garden). Subhanallah, terpegun seketika dengan keindahan alam di sini. Seperti berpenghuni, kawasan sekitar Kebun Batu ini begitu terpelihara dan terjaga. Batu-batu di sini juga membentuk pelbagai bentuk mengikut imaginasi sang pemikir..ada yang berbentuk kuda, tulang belakang dinosour, kepala ayam dan sebagainya.


Batu kuda @ Rock Garden


Akhirnya, hampir 4.5 jam perjalanan, kami tiba juga di Puncak Gunung Murud. ALHAMDULILLAH..



The Team conquered Peak of Murud!

Glad that we made it together..💗
G12 graduation 😍

Kami tak boleh bersantai-santai terlalu lama di puncak kerana perjalanan kami masih jaaauuuhhhh..Sekitar jam 12.25pm, kami memulakan perjalanan turun. Entah kenapa, perjalanan turun dari puncak kembali ke Church Camp terasa begitu jauh, kaki begitu berat mahu melangkah. Hati pulak, seakan mahu pecah..tak pernah rasa begini. Menjadi yang terakhir sampai di Church Camp sekitar jam 4.45pm, aku dah tak dapat menahan hati yang gundah gulana. Tak pernah-pernah menangis sepanjang naik gunung ni..kali ni, berderai jugak air mata. Sama lebat selebat hujan yang turun mencurah di luar. Hampir saja mahu bertukar ke Plan D, bermalam saja di Church Camp malam itu. Namun, disinilah semangat setiakawan kami teruji. All 7 of them decided that no matter what, no one left behind. We'll walk together and everyone will follow my 'siput' pace. End up, we managed to arrive at Lepo Bunga at 10pm! Sangat terharu dengan team expert yang sama-sama memberi moral support, sambil buat lawak sepanjang jalan untuk meredakan stress. I know they're tired as well, tapi, langsung takde yang merungut, malahan memberi semangat untuk terus berjalan. I owed u guys this. Hutang budi dibawa mati!


Semua menarik nafas lega setibanya di Lepo Bunga. Lebih lega bila melihat Uncle Isak telah sedia menunggu bersama 4WDnya. Namun, cabaran kami belum berakhir. Ku sangka naik 4WD hingga ke Yang Kelawa, rupanya kena menapak juga akhirnya. Hujan yang turut lebat seharian menjadikan jalan menjadi berlumpur teruk dan licin, terlalu ekstreme untuk dilalui oleh 4WD. Satu 4WD telah kecundang sewaktu dalam perjalanan naik ke Lepo Bunga. Hanya tinggal 4WD Uncle Isak untuk memindahkan kami. Dua tiga kali Uncle Isak terpaksa berulang-alik untuk membawa kami sehampir mungkin dengan Hide out. Masih terasa suspen sewaktu berada dalam 4WD bila perlu melepasi bahagian yang sukar. Kata-kata Uncle Isak, "Embrace yourself. Whatever happened, just make sure you don't jump out from the car" masih terngiang-ngiang hingga sekarang. Badan dah terlalu penat, basah, sejuk, barai, pewai, pacat, lumpur, lengkap semuanya.

Pewai, barai, bersepaiii..
Yang ni maintain energetic..
1 down, only one good to go..
Beberapa kali Uncle Isak berkata, " You're the most EXTREME group so far to go through this EXTREME situation. I'm super proud of you guys. Once you can overcome this kind of obstacles, I assure you, whatever comes in your life after this, you can get through it easily and gracefully"..





Akhirnya, lebih kurang 60 meter sebelum tiba di Hide Out, 4WD Uncle Isak kecundang jua walaupun Ben & Mie dah cuba untuk menarik 4WD tersebut menggunakan skill extreme 4WD. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Kami mengangkut keperluan sekadar yang mampu dan menggunakan saki baki tenaga yang masih berbaki, mendaki sekitar 60m ketinggian untuk tiba di Hide out akhirnya. Auntie Wendy masih menunggu kepulangan kami. Siap masak nasi dan lauk-pauk untuk kami. Sempatlah kami makan dulu sebelum beransur ke bilik masing-masing dan menamatkan hari yang panjang hari ini. My sincere gratitude and respect to Uncle Isak yang bertungkus lumus memastikan tetamunya selesa, berkali-kali dia meminta maaf dan memuji team kami kerana melalui kesukaran sepanjang hari ini tanpa banyak soal. Kami yang sepatutnya berterima kasih kepada beliau dan isteri..

27th March 2019 (Wednesday): Yang Kelawa - Lawas

Disebabkan hari yang panjang semalam, dan tidur jam 4 pagi, kami bangun agak lewat hampir jam 9 pagi. Ikutkan hati, mahu bangun bila matahari sudah tegak di atas kepala, namun, perjalanan pulang ke Lawas mengambil masa 8 jam. Lambat bertolak, lambatlah kami sampai nanti. Uncle Isak telah pun menguruskan 2 buah 4WD yang terkandas malam tadi, perlu ditarik dengan traktor dan kini telah siap sedia untuk membawa kami keluar ke Lawas. Sekitar jam 11 pagi, kami bergerak keluar. Auntie Wendy & Viktor turut ikut bersama kerana mereka mahu menghadiri acara keraian di Sipitang hujung minggu ini. Tapi sebelum berangkat, sempatlah mengabadikan kenangan sekitar Tropical Jungle Hide Out yang cukup nyaman dan menenangkan ini. Entah bila boleh kembali lagi..

Bye-bye Murud
Bye-bye Hide out





The Tree House..our cosy shack for 2 nites






Thank you Uncle Isak..feels like home, more like family
Sepanjang perjalanan pulang ke Lawas, driver 4WD kami singgah di kampungnya untuk mengambil ibu bapanya yang turut akan ikut ke Lawas. Sempat beramah mesra dengan penduduk Buduk Bui, beli beras hitam Bario dan dapat souvenir beras baru Bario dari anak manis Buduk Bui ini..




Buduk Bui
Manis anak Buduk Bui ni..teringat kat my Naura..💕
Super granny..she's been to Buduk Murud for 3 TIMES already!! 😲


A joyride..arrived Lawas safe and sound
Kami tiba di Lawas sekitar jam 5 petang. Dan malamnya, berkesempatan makan malam dengan Lawas Head of Council berhampiran dengan homestay kami.




28th March 2019 (Thursday): Lawas - Home

Finally, the journey home!


Final words from Tuan Tanah..thanks Shafri!

Eh, ada extra member..😅
Kanak-kanak riang nak balik kampung
Kesimpulannya, bukan susah mahu menggapai puncak Murud..namun, ternyata, ianya bukan mudah juga. Setiap perjalanan pasti ada ceriteranya. Tapi, yang paling TERKESAN dalam trip kali ini, adalah semangat 'TEAM' yang pasti akan dikenang sampai bila-bila, selagi hayat dikandung badan. 


They're the best batch of friends who are willing to share the burden and divide the grief. They are the best batch of friends who always stand by my side through thick and thin..and they're the one whom I wish to walk with me, side by side to Jannah..Aminnn.. 


This is Adjani signing off..💜