THE FUNTASTIC 15...Sham & Syida (Gogo Nature Explorer), Pak Ali, Eddy, Azril, Dato', Dr Joehelmi, Hafiz, Goh, Ayie, Andee, Deque, Sha, Me and myself...
Jom la layan lagu ni sambil mengimbau kenangan kita di Tambuyukon...😉😊
Kalau nak info detail berkenaan trip Tambuyukon, rasanya dah ada blog member yang follow Nature Explorer dah buat last year, 2017..so, my blog will focus more on the fellowship of the mountains..the friendship that blossomed like we've met forever and the everlasting passion in mountain climbing..💓💓💓..dalam kata lain, yang indah-indah sahaja.....😍
Selasa, 28 Ogos 2018: KK City
Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sekitar jam 1 tengah hari. Baru sedar..bermula kejadian gempa 5 Jun 2015, setiap tahun aku menjejakkan kaki ke KK..2016, Kinabalu dan Trusmadi..2017, Kinabalu sekali lagi..dan 2018, Tambuyukon..mungkin kali terakhir trip naik gunung di Sabah kali ini..
Kami dijemput dengan van yang Sham & Syida dah sewa, terus ke KK Marina Apartment..berkenalan dengan Pak Ali, Eddy, Hafiz dan Goh the Singaporean, yang masing-masing bukan calang2 dalam dunia pergunungan ni..
Hari pertama masih santai, berjalan2 di KK sambil menunggu yang lain sampai..
The Famous Five..our kinda reunion..😍
Pemandangan dari Tingkat 10 KK Marina Apartment
Rabu, 29 Ogos 2018: KK City - Sub stesyen Monggis
Check-out dari apartment sekitar jam 9 pagi. Tinggal Dato', Azril dan Ayie yang belum sampai dan akan terus ke Kinabalu Park dengan kereta sewa. Kami bergerak dulu dengan van.
Kami gerak duluu..pape roger...
Dalam perjalanan ke Kinabalu Park, kami singgah untuk bersarapan dan membeli barang-barang keperluan terakhir. Dalam perjalanan, timbul pula drama 'Nazir & Diana' yang pastinya meninggalkan kenangan manis (..ke pahit..?) untuk yang mengalaminya..Apapun, insyaAllah, dipermudahkan perjalanan karier bff..kalau rezeki, tak ke mana kannn...
Tiba di Kinabalu Park sekitar Zuhur. Solat dan makan dulu di kedai berhampiran sementara menunggu yang lagi tiga sampai untuk menyelesaikan urusan pendaftaran dan mengisi borang berkaitan. Boleh tahan lama juga masa diambil untuk selesaikan semua urusan. Hampir jam 4 barulah kami boleh bergerak. Destinasi seterusnya, Kundasang..Syida nak beli sayur untuk masak dan singgah kedai makan untuk tapau dinner.
Usai pendaftaran di Kinabalu Park..
With Akinabalu as the backgroud
Ray of hope...semoga puncak Tambuyukon berjaya digapai kali ini..
Selesai semua urusan, hampir maghrib, kami tiba di destinasi kami, Sub stesyen Monggis. Ada rumah disediakan sekiranya nak tidur dalam rumah. Tapi, kami memilih untuk tidur di luar, dalam pondok di tepi air terjun. Lebih nyaman dan tenang suasana di situ. Acara seterusnya, makan dinner yang ditapau tadi, and tidooo..esok, bermula ekspedisi yang telah lama ditunggu-tunggu......
Khamis, 30 Ogos 2018: Sub stesyen Monggis (KM00) - Pondok Kulat (KM02) - Pondok Kera (KM04) - Kem Wuluh (KM06) - Kepuakan Camp(KM07)
Semua bangun awal harini. Semangat meluap-luap untuk memulakan ekspedisi. Guide dan porter mula tiba di sub stesyen Monggis ini. Syida the acik kantin dah siap sediakan koey teow goreng for breakfast and nasik goreng for lunchpack. Dah siap mengemas, kami mengumpul barang-barang untuk diagihkan kepada porter. Bilangan guide & porter dah dekat nak sama dengan bilangan peserta..hehehe..hike smart la katakan...umo2 cam gini, takyah la menyusahkan diri nak menanggung beg berat. Lagipun, inilah masanya nak membantu ekonomi masyarakat setempat..😁 Bayaran porter adalah RM7/kg untuk 4 hari. Our porter, JoeAkim and Endro, both carried 12 kg each. Barang kami?..tengok beg la..hehehe..mine was only 6 kg..tapi, yang paling ringan and cute..tak lain tak bukan, Dr Joe laa...comel je dia bawak beg Quechua 10litres kaler pink tu...😅
The Famous Five @ Monggis
Our Chief Guide a.k.a Ketua Kampung a.k.a Pak Junik
The Funtastic 15..Team Nature Explorers '18
Tambuyukon Trail...jauuhhhhh lagi perjalanan kita bahhh..
The red team
The blue team
Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9 pagi. Perjalanan bermula Sub stesyen Monggis ke Kem Kepuakan boleh dikatakan sederhana mencabar..(hehehe..poyo je..sebenarnya, macam nak mati jugak laa...) 4 bukit perlu dilalui..ada juga diskaun di jalan rata. Kami berhenti/ regroup di beberapa pondok yang disediakan di sepanjang perjalanan. Kemudahan tandas juga ada disediakan. Pili air untuk minum juga boleh didapati dengan mudah di sepanjang perjalanan.
Jalan punya jalan, tiba lah jua kami akhirnya di Kem Kepuakan. Last sampai dalam pukul 4.30 pm. Kem Kepuakan ni cantik air terjunnya. Memang puas boleh mandi manda di sini. Kami pun akan bermalam 2 malam di sini..so, memang puas hati lah berkelah dan camping di sini.
Kepuakan Camp
Malam, menu dinner daging salai masak lomak marvellous dengan sayur beli kat Ranau semalam..best giler layan daging salai sambil melayan deruan air terjun dan bunyi cengkerik hutan..TQ Syida..sodapppp...😋😋 Perut kenyang, mata pun dah berat..jom le tido..esok pukul 3 pagi nak bangun dahhh..
Daging salai masak lomak cili api
MERDEKA!! 31 Ogos 2018: Kepuakan Camp (KM07) - Kem Musang (KM09) - Jeneral Camp (KM10) - Rock Garden (KM11) - Rajah Camp (KM13) - PEAK OF TAMBUYUKON (KM14).....and back again to Kepuakan Camp(KM07)
Senak perut bangun pagi ni..macam kabur je masa depan bila mengingatkan entah bagaimana perjalanan yang akan dilalui hari ni. Yang pasti, trek hari ini pastinya menguji mental dan fizikal kami kerana jaraknya yang jauh. Pegi gelap, balik pun gelap..
Jam 4 pagi kami mula bergerak. Plan asal untuk berhenti solat di Kem Musang. tapi, bila jam dah menghampiri jam 5.00am dan kata Pak Junik Kem Musang masih jauh, maka kami pun berhenti Subuh dulu di pertengahan jalan. Sampai di Kem Musang memang dah cerah, nasib baik dah solat tadi..jauh nau nak berubah km..apa taknya..kali ni memang takde diskaun..mencanak kaw2..all the way to the peak..nak tak nak, hadap je lahh..
Kem Musang (KM09)
Masih fresh lagi muka di Kem Musang
The track..
Berehat sekejap di kem Musang, kami meneruskan perjalanan ke Jeneral Camp. Ni satu lagi, nak sampai, punyalah jauh rasanya. Memang tahap mintak nyawa. Macam2 la sakit mula keluar..sakit kaki, sakit bahu, sakit belakang, sakit lutut, sakit hati...nampak sangat mental dah mula down..😅 Kuncinya di sini, jalan saja terusss..kalau berhenti, terus la nda sampai..Bila sampai je Jeneral Camp, dah mula rasa lapar. Ada yang ambil peluang untuk melelapkan mata sekejap..
Jeneral Camp (KM10)
Nak ke Jeneral Camp ni akan melalui akar2 kayu yang berselirat, menyukarkan pergerakan. Kalau salah pijak, tersadung, memang tersembam ke tanah atau terpeleot la kaki. Tak lama lepas tu kami sampai di permulaan rock garden. Walaupun pemandangan indah beserta tiupan angin yang cukup menyegarkan, kami harus berhati-hati kerana kalau tersilap langkah, ke gaunglah tempatnyaa.. Alhamdulillah setakat hari ini, cuaca baik, tak hujan.. Tak boleh bayangkan betapa mencabarnya nak melalui rock garden ni sekiranya hujan. Walaupun kaki dah menggigil kepenatan, banyak jugakla bergambar kenangan di rock garden ni..
Model Tambuyukon
Bila dah menghampiri Rajah Camp, memang dah rasa penat betul dah..awatla tak sampai sampai..and lagi sedih bila pikir nak turun balik ikut jalan yang sama..oh tidakkkk!!!..dekat sampai puncak, dah jumpa dengan Mardeq, Pak Ali, Eddy, Hafiz, Goh yang dah memulakan perjalanan turun. Seawal jam 11.50 diorang ni dah sampai puncak..power sungguhlaa.. Takpa..takpa..kita teruskan pace slowly but surely kita..dan berbekalkan saki baki harapan setinggi gunung yang masih bersisa...akhirnya 2.05 petang, puncak TAMBUYUKON berjaya juga ditawan.....YES! WE DID IT!! Alhamdulillah...11 out of 12..Congrats my Kamarulzaman Ali, for your G12 graduation..😍
Hilang sekejap sakit hati sepanjang perjalanan tadi..next, bergambar sampai lebam and meraikan dengan air kejayaan...
Sorang takdak..laju sangatt..
Ambik gambar dengan orang dah grad G12..
Sesat sorang kat sini..
Majestic Kinabalu from Tambuyukon
Pak Junik..my sweeper..my hero
Ada nampak muka pewai tak?
Air kejayaan...
Clear view of Akinabalu
Memandangkan perjalanan turun masih jauh, kami tidak mengambil masa yang lama di puncak. Kami perlu melepasi rock garden dan bahagian akar berselirat sebelum gelap. Pak Junik tak putus memberi kata semangat buat kami kumpulan terakhir ini. Kata Pak Junik..inilah Tambuyukon..mulanya 2 kaki..kemudian 3 kaki..terus ke 4 kaki..sepertinya anak kecil..😅..Sampai di Kem Jeneral untuk solat dan sampai di Kem Musang jam 7 malam. Kalau naik tadi pun sudah terasa jauhnya perjalanan, turun ni pulak..entah kenapa, terasa lagi susah dari nak naik tadi..mungkin badan dah penat sangat, mental mula koyak..pewai bersepai..minum air panas dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kepuakan Camp. Hati berdebar kencang bila Pak Junik menyuluh kelibat harimau akar semasa perjalanan turun dari Kem Musang. Alhamdulillah, selain sakit kaki dan penat melampau, akhirnya kami berjaya juga tiba semula di Kem Kepuakan sekitar jam 10 malam..18 jam perjalanan!..hampir 2/3 hari!!!..Adoilaaa..tapi..bak kata Ayie, inilah jalan yang kau cariii....😆😄
Dah sampai Kepuakan, tak mandi, tak selesa pulak..so, menggigil2 lah mandi jugak.. Makan dulu smbal sotong dan pekasam marvellous Syida..pastu tidoooo...orang lain dah lama dah tido...
Sabtu, 1 September 2018: Kepuakan Camp(KM07) - Sub stesyen Monggis (KM00) - KK Marina Apartment
Yeayy..back to civilisation today!! Bersemangat semua harini sebab nak kluar hutan dah..dan yang penting, misi puncak Tambuyukon telah berjaya.. Breakfast bihun goreng dulu dan bergambar kenangan sebelum meninggalkan Kem Kepuakan.
Ada je gambar The Famous Five ni..😅
The Funtastic 15 @ Kepuakan
The Funtastic 15 lagi..
Pemandangan pagi di Kepuakan
Kepuakan gegel
Packing nak balik dahhh
With our guides and porters
Happy...jom balikkkk
Sampai di Sub stesyen Monggis sekitar jam 2 petang. Mandi dan membersihkan badan. Kalau tak Sham tak bagi naik van..😆😆
Leganya bila jumpa ni balik..
Balik, singgah di KFC Ranau sebab semua dah kebuluran..seumur hidup makan KFC, inilah KFC tersedap yang pernah makan...😅 Dalam van pun, dok layan lagu kat Spotify, bersembang, bergurau senda..takde sorang pun yang tido sampailah kami tiba di KK Marina Apartment..semua masih excited dengan pengalaman sepanjang pendakian Tambuyukon..
Ahad, 2 September 2018: KK Marina Apartment - Home Sweet Home
Hari ini, walaupun gembira akan pulang ke pangkuan tersayang, terselit juga rasa sedih akan berpisah..walau baru dikenali, tapi it seems like ages..persaudaraan gunung..insyaAllah, akan terus terjalin sampai bila2..dah ada pun plan next trip ni ha...😅
Elevation from Peak of Tambuyukon to Kepuakan Camp...mencanak takde diskaun
Elevation from Kepuakan Camp to Monggis Sub station..memang puaka betullahhh
Personally, Tambuyukon bukan sebarangan gunung. Bukan mudah mahu menggapai puncaknya..namun dengan semangat setiakawan, keazaman dan persediaan fizikal dan mental yang mencukupi..insyaAllah, tiada yang mustahil. Special thanks to our Gogo, Sham and Syida from Nature Explorers for this wonderful trip..highly recommended..2 thumbs up! Terima kasih juga untuk semua guide dan porter yang memberi layanan 1st class kepada kami semua..more than what we expected..Kenangan bersama kalian, tersimpan rapi dalam sudut kenangan yang terindah..
The groovy couple, Sham (014-2603741) & Syida (012-2399265)..do contact
them for the great adventure of your lifetime..😍