Wednesday, 4 April 2018

CBL (Chemerung, Berembun, Langsir) Expedition - 30th March to 1st April 2018

Sila baca sambil dengar lagu ni untuk lebih syahdu..hehehe..



CBL checked ✓

Hasrat ke CBL telah lama bertapak di hati dengan kuasa viral socmed yang begitu memberi kesan. Akhirnya, 29 Mac - 1 April 2018, hasrat dan impian ini menjadi kenyataan. Dengan line up seramai 12 orang, diketuai tuan tanah, Zalie, akhirnya ekspedisi CBL kali ini menjadi satu lagi coretan kenangan terindah buat kami dari Expert Hiking Team 2.4.

Perjalanan kami bermula seawal 29 Mac secara car-pool dan Alhamdulillah semua selamat sampai ke cabin-stay kami di Chemerong Outdoor Adventure sekitar jam 8 malam.



Day 1 (30 Mac 2018): Hutan Lipur Chemerung to Kem Y


Usai bersarapan pagi 30 Mac 2018, kami bergerak ke Hutan Lipur Chemerung. Bertemu Zalie disini, kami diperkenalkan dengan malim kami, Pok Pa. Kami sepakat menggunakan porter untuk membawa group ration. Dengan bayaran RM30/kilo, rasanya berbaloi asalkan tak perlu membawa beban berat sepanjang perjalanan. Bayaran untuk Andara dan Azri dijelaskan, beg masing-masing dikemas semula. Pok Pa dah pesan tak perlu bawa banyak sangat air sebab sumber air ada di sepanjang perjalanan. Kurangkan beban takut tak larat nak naik mencanak di Bukit Taubat nanti. Ok, all noted. 9.45am, dimulakan dengan bacaan doa dari Abg Bakhtiar, we're all set to go!

Introducing our malim..Pok Pa
Setel dulu dokumentasi & bayaran with Pok Pa & Andara
Berseri-seri lagi muka
Line up except Deque (tukang ambik gambaq)
Sekitar 45 minit perjalanan, kami tiba di Air Terjun Chemerung..Subhanallah!! A sight to behold! Memang tak boleh tahan rasa nak terjun dalam air yang sangat jernih dan sejuk nyaman. Pemandangan yang lagi cantik dan lagi close-up boleh dinikmati, tapi kena rajin dan berhati-hati panjat batu yang tinggi dan licin. Dua kali jugakla jatuh tergelincir sebab excited sangat nak merasa sejuknya air terjun Chemerung..

The highlight of CBL

Model Chemerung




Selepas lepak, ambil gambar..perjalanan kami diteruskan ke bahagian yang paling mencabar dalam ekspedisi kali ini..BUKIT TAUBAT..yes, rasanya dah dapat agak kenapa Bukit Taubat nama diberi..Bukit Taubat, Bukit Semput, Bukit Penyesalan..itulah gambaran sebenar yang dirasa sewaktu naik mintak nyawa. Tapi, cabarannya hanya sementara. Tamat saja Bukit Taubat, perjalanan santai kembali, melepasi Kem B sehinggalah kami tiba di camp site kami, Kem Y sekitar jam 3.30 petang.

The torturing bukit Taubat

Sampai jugak akhirnyaaaa


Sampai je di Kem Y, perkara pertama..makan dulu. Nasi minyak yang ditapau dari tadi memanggil-manggil untuk dimakan. Nikmatnya makan bila perut lapar giler dan badan pun dah penat. Lebih nikmat bila dikongsi bersama, habis licin aku, Pja and Nisa kerjakan..Che Mie pulak huloq tumpi satu balang besaq..fuh! memang layan laa..

Kem Y
Acara kedua, set-up tempat untuk tidur, bukak khemah, tempat masak etc. Then, mandi la of cozzz..sapa boleh tahan tengok air terjun yang dipenuhi anak ikan memanggil-manggil untuk bersama..hahaha.. Pok Pa menunjukkan tempat yang lebih privacy supaya geng ladies ni boleh mandi puas-puas tanpa gangguan. Memang best sangat-sangat!

Anak ikansssss

Pok Pa yang sentiasa ever ready..benang & jarum jahit kasut pun dia bawak..

Selesai mandi, kami bersiap-siap untuk makan malam. Untunglah ada Chef Kamarul bersama..makanan kami setaraf hotel 5 bintang. Menu malam ini: Chicken soup, grilled lamb, scrambled egg with salted fish, salted fish and hot tea..ha..bunyi menu 5 star sangat kann...

Chicken soup for the soul
Sambil menjamu selera, hati sebenarnya tak tenang kerana hujan yang turun sejak jam 6 petang tadi masih berterusan. Air mula naik dan keruh. Pok Pa warning yang kalau hujan berterusan, kena standby takut berlaku fenomena kepala air. 2 khemah terpaksa diubah ke tempat yang lebih selamat kerana dah banjir dalam khemah dan lokasi yang terlalu dekat dengan air. Mula terdengar suara-suara patah semangat kerana barang-barang, beg, baju, kasut, semuanya lencun dek hujan lebat. Sudah terbayang tambahan beban yang perlu dipikul esok kerana basah. Sekitar jam 10 malam, hujan mula reda. Kami membersihkan khemah supaya dapat tidur dengan selesa walaupun dalam keadaan lembap. Haiii..tidurlah mata..semoga hari esok, mentari kembali bersinar cerah...

Day 2 (31 Mac 2018): Kem Y to Langsir

Walaupun dalam kelembapan, mujurlah dapat tidur nyenyak malam tadi. Mungkin kerana kepenatan..ataupun kekenyangan dengan menu sedap malam tadi. Menu sarapan pagi ini : Nasik lemak Kak Ani dan Nasik goreng Ticer..terbaikkk!! Siap boleh tapau untuk perjalanan hari ini.

Nasik goreng Ticer
Menurut Pok Pa, perjalanan hari ini agak santai, cuma sedikit mencanak bila menghampiri Gunung Berembun. Antara tarikan sepanjang perjalanan hari ini..Pokok Meraga Berlubang, Gunung Berembun, Taman Bonsai, Jeram Orkid dan Jeram Lesung..sehinggalah kami tiba di campsite kami, Langsir sekitar jam 2.00 petang.

Pokok Meraga Berlubang

Model Meraga






Best couple of the year!


Jeram Orkid


Jeram Lesung






Kem Langsir



Sunset @ Langsir
Kami agak beruntung kerana tiba awal..itupun setelah dikerah oleh Pok Pa supaya jangan terlalu berlenggang-lenggok sepanjang perjalanan..hahaha.. Campsite Langsir agak sempit kawasannya, sapa cepat, bolehla cop tempat yang selesa sikit. Kapasiti maksimum adalah sekitar 60 orang, tapi campur dengan guide dan porter, memang nampak macam khemah pelarian jugakla.. Alang-alang sampai awal dan cuaca yang panas terik, kami mengambil kesempatan menjemur pakaian, beg dan peralatan yang basah/lembap kerana hujan semalam.

Khemah Pelarian Rohingya
Bila dah set-up khemah dan tempat untuk masak/lepak, agenda seterusnya..mandi-manda di Jeram Lesung yang sangat cantikkk!!..terasa seperti berada @ fountain of the lost land.. Hilang segala masalah dan kekusutan dunia dengan keindahan yang begitu memukau jiwa. Kalau ada yang mengikuti gambar-gambar viral di socmed, kebanyakannya diambil di sini..tapi, memandangkan rupa dan body tak macam model..cukuplah ambil gambar seadanya buat kenangan..tapi, ada la jugak pose2 majalah 'mangga' dan post underwater yang berjaya diabadikan di sini...hehehe..

Selesai mandi-manda dan 'melagha' (tak boleh lama-lama jugak sebab sejukkkk..), kami bersiap-siap untuk minum petang dan seterusnya makan malam. Menu minum petang kami: Cucoq bilih bawang Chef Honey and Char Ramen from non other than Chef Kamarul.. Menu makan malam pulak: Singgang daging, sotong kering tumis kicap & sambal sardin. Ha..kan dah kata..makanan macam kat restoran ja kann...

Dinner with Chef Kamarul

The sous chefs
Bulan cerah malam ni..so, acara seterusnya, tengok handphone sapa paling canggih dapat shooting moonlight and shooting the stars..hehehehe.. sambil mencarik line telefon nak update status..😁 Kat Langsir ini ada line Celcom dan OneOXOX..(ini bukan iklan ye..) Tapi, sila bertanya kepada guide anda di manakah lokasi boleh dapat line untuk anda update status FB, IG, Twitter dan sewaktu dengannya ye..


Malam ini tak hujan, so, bolehla tidur dengan tenang. Cuma cabarannya, permukaan yang tak rata dan berbatu. Disarankan membeli tilam angin di Decathlon untuk tidur yang lebih nyaman..hahahah..yang ni memang iklan ye..Oklah, jom tido..Gut nite awak...😉

Day 3 (1 April 2018): Langsir to home....

Rise and shine!..Harini nak balik dah..sedih sebab nak tinggalkan CBL yang cukup indah ni..but, life goes on..baliklah semula ke alam realiti.. Agak kurang bernasib baik kerana pagi ni, tak cantik sangat sun rise dan takde awan karpet. But, it's ok..Apa saja yang memang dah ada di depan mata, kita enjoy aje..Che Mie pun dah berjaya bertukar-tukar nombor dengan amoi Singapore 'Choco' yang comey..hahaha..Menu breakfast harini: Nasik goreng sambal daging Ticer lagi..sebab nasik semalam banyak lebih. Boleh tapau makan dalam perjalanan. Roti gardenia with peanut butter & choc spread pun ada jugak..

Langsir @ dawn

Model Langsir

Awek 'Choco' Singapore..hehehe




Bye-bye Langsir

Selesai berkemas, kami memulakan perjalanan pulang sekitar jam 9.30 pagi. Perjalanan pulang kami melalui permatang taman-taman bonsai yang menyajikan pemandangan indah gunung-ganang sepanjang pendakian kami selama hampir 3 hari di hutan belantara ini. Hati mengucapkan syukur masih berpeluang dan diberi kudrat dan kekuatan mengkagumi kebesaran Allah.

Hampir 45 minit perjalanan, kami tiba di Sungai Bangan @ Balu. Pok Pa dok sebut Sg. Bangang..baru teringat yang kami di Terengganu..patutlah bunyinya sebegitu..Sekali lagi, kami terpukau dengan keindahan di Sungai Bangang ni. Kalau Pok Pa takde, memang rasanya dah terjun kot..jernih dan misteri sekali. Kononnya, di gelar Balu kerana ceritanya, ada isteri yang kehilangan suami di sini datang mencari..mungkin tak bertemu lah kot, sebab tu la di gelar Balu. Lepas tu, balu tersebut pulanglah semula ke kampung dan bertemu dengan cinta barunya..and they lived happily ever after...chewahh! hahaha..yang ni, cerita aku laa..to maintain the positivity..life goes on kannn..

Sungai Bangan @ Balu

Model 1..

Model 2...

and Model 3...pilih mana yang berkenan..hihihi
Ok, next, kami melalui Kem B..sempat berehat sebentar sambil bermain-main dengan anak-anak ikan yang mesra..Kemudian, melalui Pokok Seraya Besar sebelum perjalanan diteruskan menuruni Bukit Taubat. Macam tak percaya, begitu gagah perkasa sekali kami mendaki Bukit Taubat dengan beban sekitar 10 ke 20 kg pada hari pertama kami di sini..Sekitar jam 2.30 petang, kesemua 12 line-up berjaya sampai ke Hutan Lipur Chemerung dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, hanya membawa memori yang indah-indah sahaja..seindah semua gambar-gambar yang diabadikan di sini...





Ambik semangat pokok katanyaaa





Mama shark and the anak ikanss

Tersenyum gembira menuruni Bukit Taubat 



Pendapat peribadi, if u want to enjoy the nature, CBL is the place for u. Difficulty level: 5/10 but definitely worth every penny, every seconds spent. Repeat? Definitely! But make sure with the right companion..😉


A journey is best measured in friends rather than miles..Zalie, Zul, Che Mie, Abg Bakhtiar, Kak Ani, Hafiz, Pja, Nisa, Lily, Beb and Kamarulzaman Ali.. I thank you for your part in my journey. Love u to the moon and back!


This is Adjani signing off.


--END OF EXPEDITION--