PART 2 : Trusmadi Hiking Trip (29/10 - 1/11)
30 Oktober 2016 (Day 2)
We woke up at around 1.30am. Semangat semua orang..guide pun tak bangun lagi.. Sejuk hingga ke tulang, malah kami telah diingatkan trek hari ini akan menjadi comot dan berlumpur kerana hujan yang turun beberapa hari kebelakangan ini. Menyiapkan diri dengan baju yang agak tebal kerana suhu yang terlalu dingin dan yang penting head lamp dengan bateri secukupnya serta persiapan botol/spray air untuk subuh di track nanti. Kami dijamu dengan maggi goreng dan teloq mata buat pengalas perut.
Kira-kira jam 2.30am, kami telah bersedia memulakan pendakian. 4 guide akan mengiringi kami kali ini. Briefing daripada guide memaklumkan perjalanan kami hari ini akan melalui 200m tangga kayu dan selebihnya 2700m jalan hutan yang licin, berselirat dengan akar kayu dan dipenuhi lumpur. Guide meminta kami lebih berhati-hati terutamanya nanti apabila melalui kawasan yang curam dan sempit memandangkan kami akan mendaki di dalam gelap.
Maka bermulalah pendakian kami. 200 m pertama melalui tangga kayu agak mudah, cuma perlu berhati-hati kerana licin. Selepas itu, bermulalah hazab kami bila terpaksa melalui track yang mencanak dagu bertemu lutut hampir sepanjang jalan, ditambah lagi dengan akar-akar kayu yang berselirat dan licin, lumpur hingga ke peha dan suhu dingin membeku. Hampir 2 jam perjalanan, kami berhenti di laluan trek yang agak rata dan stabil untuk solat subuh. Tiada foto yang diambil sepanjang perjalanan ke puncak kerana gelap dan masing-masing dah tahap mintak nyawa dah.. nak keluar camera/handphone memang tak larat dah le.. hehehe.. Jam hampir menunjukkan jam 5.30 pagi. Harapan kami untuk menyaksikan sunrise di puncak rasanya semakin jauh kerana masih ada sekitar 1000m lagi untuk ke puncak. Kalau marathon kat jalan rata, bolehla nak pecut in 15 minutes time..tapi dengan jalan yang sebegini, kami pasrah dan terima yang kekuatan kami bukanlah seperti kekuatan 15-20 tahun dahulu. Bayangkan kebanyakan kami adalah mak/bapak beranak 3, 4..malah ada yang telahpun bercucu! Namun, yang penting, semangat kami tidak pernah luntur untuk ke puncak. Guide menyedapkan hati kami, katanya, harini kabut tebal, confirm tak dapat tengok view sunrise yang cantik hari ni. Jam 6 pagi, berselisih dengan Mardeque & Zul yang dah nak turun!! Gile ape diorang ni..stamina tahap guide dah ni..hahaha.. They arrived peak at 5.30am, so, memang tak logic la nak tunggu kami semua yang slowly but surely ni nak sampai. Mati keraih kat atas puncak kalau tunggu kami sampai..hihihi..
Sekitar jam 6.30pagi akhirnya kami tiba di Jiran Point di mana Menara Trusmadi terletak di sini. Terpukau dan bersyukur kerana ketika kami sampai di sini, the majestic Kinabalu kelihatan dengan jelas. Pemandangan yang begitu meruntun hati dan perasaan, being above the clouds with majestic Akinabalu at the end of the clouds..Subhanallah..speechless! The journey to the peak still left another 400m from here, and it's the most muddiest 400m track! Memang masing-masing dah macam kobau berkubang dah ni ha...
|
The muddiest part..rahsia kecantikan kulit |
Tengah dok syok-syok kat atas puncak tu keluarla cerita member kat belakang.. Apa ko rasa kalau tengah gelap dalam hutan belantara, tetiba member buat statement "Aku ada bunian.." hahahaha..memang krik krik la semua time tu..kena rasuk ke apa dah member tu.. cerita sebenarnya, biarlah yang empunya diri yang jelaskan..tapi, mmg win la statement ko syam..opps! terbagitau pulak sapa..kahkahkah..
Dah puas berselfie, berwefie bagai, time to go back. "Getting to the top is a bonus, getting down is mandatory'. So, marilah kita meranduk kubang meredah lumpur. Tengok diri sendiri pun dah tak lalu dah.. hahahah. Tapi, time ni lah rasa tak nak melepaskan peluang ambik view trail yang sangat cantik with the unique flora and fauna of trusmadi. Tadi gelap, memang tak nampak apa dah.
"We celebrate not the trail, but the wild places it passes through.
–RAY JARDINE"
"Never measure the height of a mountain until you have reached the top"..These are Trusmadi climb and contour profile, from gajet canggih pokme..hehehe..
Perjalanan turun ke cabin mengambil masa sekitar 3-4 jam sebab ramai yang bersantai sambil mengambil gambar keindahan alam sepanjang perjalanan turun. Lunch dah sedia, nasi putih, sup ayam herba dan kepak goreng..memamng menyelerakan kala badan kepenatan. Selepas bersiap dan packing semula barang, kami memulakan perjalanan turun ke starting point untuk kembali ke KK dan seterusnya menamatkan ekspedisi kami hari ini.
|
Geng awal turun |
|
Tak sangka dapat sijil.. |
"This life is yours. Take the power to choose what you want to do and do it well. Take the power to love what you want in life and love it honestly. Take the power to walk in the forest and be part of nature. Take the power to control your own life. No one else can do it for you. Take the power to make your life happy."
End of Day 2..
31 Oktober 2016 (Day 3)
Free and easy in KK..hari berjimba ria..EAT, SLEEP & HIKE.. Let the photos tell the stories..
|
Depa tolong bukak café @ The Klagan |
|
Kebuluran.. |
|
Mak carik ikan.. |
|
Bapak carik brooch..eh, cam terbalik je nih?? |
|
Yang penting aku kenyangggg...muahahaha..the best lokan bakar..thanx Lily for the suggestion |
|
Ayaq nyioq bakaq.. |
|
Depa ni memang kuat shopping |
|
Shopping lagi.. |
|
Rasa cam betul dah tempat ni..hehehe |
|
Juicy jagung bakar & avocado juice.. |
|
Finale dinner..sedap gilerrr.. |
End of Day 2..
1 November 2016 (Day 4)
Time to go back to the real world..ko ingat ko full time hiker?? Udah le tu..moh le kiter balikkk..esok keje dah woiii..
|
Macam tak cukup je barang aku shopping ni..hmmmm |
So, itulah cerita kami..semoga terhibur dan berguna kalau ada yang nak hiking Trusmadi ni. Just leave your comment if u have any questions regarding this trip. I'm sure my friends and I are willing to answer you questions.
"I consider my ability to arouse enthusiasm among the people is the greatest asset I possess, and the way to develop the best that is in a person is my appreciation and encouragement"
Last but not least, a cliché question for all climbers, next gunung bile pulak ni? ..hahahaha..
|
Jom kita plan next gunung..tambuyukon maybe? Anyone?? |
END OF EXPEDITION..